Assalamualaikum dan selamat petang. Haha. First of all, lemme explain about musolla. Ye tahu tak semua orang belajar bahasa arab, sebab tu aku nak explain ni. Musolla bermaksud tempat untuk solat. Asal perkataannya ialah so-la maksudnya solat. So musolla kata terbitan daripada so-la yang membawa maksud tempat solat. Ok aku bagi contoh lain. La-'i-ba maksudnya bermain. Mal-'ab bermaksud padang which mean tempat untuk bermain. Cantik kan bahasa arab. Lagi indah daripada bahasa melayu. Saya bukannya kutuk bahasa sendiri tapi memang fakta, bahasa arab lagi special. Bahasa syurga kan. ☺️☺️
Ok dah explain term yang ada dalam title. So apa nak cerita kalini. Agak-agak amende seketul aku nak celoteh? Hahaha. Sebelum aku explain in detail. Suka untuk aku explain about my blog ye. Kalau perasan lah, blog aku ada dua author which are 'zephyre' and 'the kay'. Dua-dua tu email aku. Satu aku access dekat fon, satu lagi dekat laptop. Before this memang ada author lain dalam ni tapi aku ambil keputusan untuk remove semua dan jadikan blog ni jajahan takluk aku sorang. Ok memain. Memang asalnya blog ni aku punya lah. Aku taknak lah bebankan orang untuk menaip dalam ni. Tak suka terhutang budi. And reason ni jugalah kenapa aku tercampak di eduhub.
Next please. Aku bukanlah orang yang baik. Tahajjud nak laksanakan jauh sekali, kadang solat pun tak lengkap. Ye aku sedang membuka keaiban aku sendiri. Moga Allah tak palingkan hati dari rahmatNya. Aku dari kecik memang mak abah ajar duduk surau. Since darjah 4 mak abah aku hantar kitaorang adik beradik belajar agama. Terima kasih mak abah bagi didikan agama. Walaupun celik agama sedikit tapi tetap menentang perintah Allah. Ampunkan hambaMu Ya Allah.
Ok aku belajar dekat surau sampai form 3 ye. Kitaorang belajar kitab, belajar tafsir quran, belajar bahasa arab, belajar tauhid dan feqah, belajar sirah. Macam-macam lah belajar tentang ukhrawi. Naik form 4 aku masuk asrama. Ye dekat situ lah aku terbiasa dengan musolla. Dah jadi rumah kedua aku. Lepas spm, aku masuk matrik. Dekat sana aku jadi committee musolla. Aku biro Hal Ehwal Surau. Musolla jadi rumah pertama aku tau. Tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa aku di musolla. Situ lah aku jumpa orang yang nak berubah ke arah yang baik. Aku jumpa raaaaaaamai kawan di sana. Daripada yg pemalu, suka show off, hebat berbicara, terror berpuitis n macam-macam lah. Orang pun dah familiar dengan muka aku. Dari subuh sampai jam 11 tgh malam aku di musolla. Nasib baik rumet aku jenis gila-gila and boleh terima. Rumet terbaik.
Musolla lah tempat yg menemukan aku dan sahabat baik aku. Walaupun kami tak contact 24hours, tetap kami penting antara satu sama lain. Musolla lah tempat aku jumpa jannah mate. Hahahahaha. Hazran Hakim namanya. Nanti-nanti aku buat entry khusus untuk anak pakcik Haseli ni. Dia bukan double H ye kawan-kawan. Bukan. Double H ni bukan crush. Dia orang yang aku cinta. Haha. Tapi dia tak cinta dekat aku. Sedih sikit. Tak kesah pun sebenarnya. Kalau dulu ye aku kesah tapi sekarang tidak lagi.
Ok masuk alam universiti, ye aku masih setia dengan musolla aku. Aku dapat juga kawan-kawan musolla tapi tak ramai. Tak seramai zaman sekolah dan zaman matrik. Nak kemas musolla zaman uni ni pun sedih. Sendu. Sorang-sorang cuci toilet. Sorang-sorang cuci telekung. Sorang-sorang rapikan lipatan telekung. Seriously sendu. Musolla uni lah aku jumpa Double H. Tak nak pun cerita pasai Double H tapi sebut je musolla, tu je sorang-sorang yang aku percaya bab musolla. Yang aku rasa tak berkira kalau bab musolla. Aku nak sangat perasaan natural. Aku malas sangat nak consider orang lain. Aku saaaaangat malas nak ambil tahu pasal sesiapa sekarang ni. Aku rasa nak buat hal aku je. Tapi manual seorang manusia sememangnya harus hidup dikelilingi manusia. Itu manual yang harus aku hadam dan terima.
Life cycle yang aku tak pernah jangkau akan berlaku and yes, semuanya sudah berlaku. Cantik Allah susun. Sebab Allah sayanglah aku disini sekarang. I learn lot of things. Surah Al-Baqarah ayat 216.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Allah patah kan hati kita supaya kita sedar, kebergantungan kepada manusia itu tidak perlu. Sakit hati, kecewa dan marah yang akan kamu ketemui tapi tidak apabila semuanya disandarkan kepada Allah. ☺️☺️
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.