Tuesday, 14 January 2020

2/366 Bye Cinta


Assalamualaikum and Hai. Tengok tajuk pun dah tahu entry kalini jiwang. Hehe. Dengan gambar macam tu, lagi membuktikan tentang kejiwangan entry kalini. Ok kalau posting lepas aku mention HH, kalini cinta ni tak melibatkan HH. 
Bukan nak cakap aku dah berubah hati. Just wanna share about a man, ajnabi, dulu he is my bestie, now I donno what is our status. Cinta juga lah, cinta yang tak mampu dilahirkan bersebabkan pertalian sahabat itu muncul terlebih dahulu. Jap aku check entry-entry lepas. rasa macam pernah cerita dah pasal dia ni. 

Ok ada mention tentang dia tapi ak elaborate lebih-lebih tentang dia. Bismillah, before I begin. I buat short note siap-siap. "Dear my future husband, if one day you read this, please don't blame yourself. Please accept me for who I am. We just a friend. Until a year ago."

Ok nama dia Abdul Muhaimin. People around me sangat kenal dia. He is a nice boy. Saaaaaangat nice. Hafiz lagi. Solat jemaah jarang tinggal. Musolla pagoh awal-awal dia lah yang jaga. Sekarang dah makin ramai yang menjaga. Dia dah habis diploma dia. Tapi still stay in pagoh. Kerja dengan one of my crush, Ustaz Nawfal Mahfoz.

Awal pengenalan kami, seriously aku tak suka dia. Sebab dia sangat annoying. Selalu buat lawak hambar. Aku tak tahu celah mana nak gelak. Tapi seriously annoying gile do. Aku memang menyampah. Memang tak suka lah senang cerita. Buat kerja dengan dia bersama. Ok je buat kerja tapi still belum boleh aku anggap as friend sebab aku memang tak suka dia. Pastu start kenal his self. And dia pun jadi lah crush aku. Hahahaha. For me, crush will remain crush. Dia takkan pernah dapat title pakwe. Hahahahaha. Suami pun inshaa Allah tak.

Kenapa aku crush dia? Hahaha. Aku jenis yang tak pandang rupa. Konon jaga pandangan lah. Aku crush sebab, dia punya integriti and dia sangat hormatkan parents dia. Tapi level hormat parents dia masih belum boleh dijadikan Jannah Mate. Aku sangat admire kepimpinan dia. Dia suka bagi nasihat. Dibanding dia dan Double H, dia lagi pandai comfort me. Mister Double H, if u read this. Tolonglah jangan terasa hati.

Aku ni jenis yang ada raaaaaaaamai crush. Perempuan ada, laki-laki pun ada. Crush tu function hanya untuk kita admire je, bukannya untuk dia suka kita balik. Hahahaha. Lecturer aku Dr Chan ajar aku soil mechanic, pun aku suka tau. Hahahahaha. Sangat suka Dr Chan. Dia pandai sangat. Mengajar pun pandai. Masih tersemat kukuh apa yang dia ajarkan. Cuma nak muntahkan ke atas kertas. Susah sikit. Hahahha. Faham concept dah memadai lah kan.

Ok aku dah tercerita pasal orang lain. Aku nak cerita pasal si Amin ni je. Ok amin ni aku banyak minta pendapat dari dia. Minta nasihat. Maybe sebab maturity level dia, aku rasa selesa dengan dia. And tadaaaaa. After a sem berkenalan, dia jadi my bestie. Banyak aku share problems dgn dia. Tapi problem xpersonal lah. Personal xleh lah nk share semua. Habistu nanti aku nak cerita apa dengan suami aku if aku dh share smua benda dgn orang lain.

Ok, kan aku cakap dia jadi bestie aku sampai one year ago je. Sebabnya? Yes masalah hati. Aku tak pandai lah nak handle orang yang suka aku ni. Aku banyak buat dia lagho. So aku rasa perasaan dia itu suatu yang sia-sia. Aku takut aku makin hanyutkan dia. Bukan dia lead aku, aku lead dia ke nar. Kan naya.

Saya ni buruk pada kamu. For sure me miss our time together. Tak suka lah involving feeling ni. Semuanya berubah kerana feeling. Where ever you are, may Allah bless you always. Kita kawan je. Sorry terpaksa buang kamu dari hidup saya. Untuk kebaikan kita bersama jugak.

Nah dengar lagu ni. Actually taknak bagi lagu ni dekat amin. I just put this song here supaya saya tak lupakan lagu ni. Mana lah tahu one fine day nanti saya nak dengar semula lagu ni. Hahahahaha. Lagi sesuai lagu ni untuk Double H. 


Ok lah. Adios. Aku nak cerita pasal person je dua tiga hari ni. Hahahaha. Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.