Bismillah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafaqkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat memohon ampunan. Debaran mengejar bas tadi masih terasa. Terpamirlah pada diri ini perangai abah. Cool. Sabar je tak. Hahahaha. Seriously cool sangat seketui me. Bayangkan, dah lambat nak naik bas balik kampung. Akak driver tu dah cuak. Non stop say sorry sebab terciduk. Aku boleh relax-relax suruh dia pi isi minyak dulu. Relax-relax sungguh aku. Mulut non stop duk habaq "In shaa Allah sempat. Lek-lek je kak." Alhamdulillah sempat. Bas dah keluar dari parking cuma xleh keluar dari station lagi sebab heavy traffic. Tapi tak sabar sangat diri ini. Membebel jugak dekat kereta-kereta yang gah di atas jalan raya tapi slow tu. Dengan lorinya banyak. Memang traffic flow lembab tadi.
Ok dah habis cerita pengalaman first time kejar bas di johor ni. Biasa sampai ngam-ngam. Bukan sebab I lambat ok. I memanglah suka bersiap lambat-lambat kalau nak jumpa kaum sejenis. Tapi kalau meeting ke, kelas ke. I on time. Melainkan kalau ikut orang. Promote diri sendiri nih. Hahahaha. Idok le, saya kalau meeting tak suka buat orang tertunggu sebab kita tak tahu. Maybe dia ada janji dengan orang lain pula lepas tu. Kalau janji dengan kawan-kawan untuk lepak, tak kesah sangat nak lambat sebab tahu diaorang memang takde kerja. Tu yang nak lepak buang masa tu.
Ok sangat tiada relation cerita diatas dengan tajuk aku. Haha. Mehlah kita cari relationnya sampai jumpa. Macam boasa, let me define dulu the meaning of jannah mate. Bahasa mudah untuk difahami, Jannah Mate membawa maksud Pasangan Syurga. Bukan boyfriend atau girlfriend k. Pada aku, Jannah Mate is the highest level in a friendship. Aku ada seorang je Jannah Mate setakat ni. What make him my Jannah Mate? Rajinkan diri untuk membaca. Haha
Ok nak short listkan ciri-ciri layak mendapat title JM in my life. Huhu.
1. For sure dia respect parents dia sangat. Yang lain dengan mudah dia tolak ketepi bila melibatkan parents.
2. Solat awal waktu
3. Jemaah subuh di masjid/surau tak pernah skip.
4. Dia memberi pengajaran dan pembelajaran dalam hidup saya.
5. Tak judgemental
6. Merendah diri even he already has everythings
7. Respect orang tua. Sangat.
8. Jati diri kukuh.
Ok tak boleh nak list dah. Nanti sendu. Lama tak jumpa dia. Last jumpa 3 tahun lepas. Dia kawan matrik aku. Orangnya kecil tapi berjiwa besar. Aku sangat terharu dengan dia. Kalau belajar kan, pastu azan masuk waktu. Dia akan stop belajar dan mula bergerak ke surau untuk solat. Jarang dia tak solat jemaah di surau. Maghrib je kadang terbabas sebab dia suka riadah petang-petang. Tapi jarang lah dia tak jemaah.
Dia ni kalau minta nasihat bab parents, tak pernah tak makan dalam. He respect sangat pemberi ilmu. Kalau tengok dia, korang mesti tak percaya background dia. Sangat baik orangnya. I'd found one. I don't wanna lost him. Bestie ramai tapi dari bestie nak jadikan JM tu tak ramai. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka semua dalam hidup aku. Banyak mengajar dan menguatkan diri ini.
Semua yang pernah hadir dan sekarang masih kekal ada ataupun sudahpun tiada dalam buku hidup 2020 aku, tetap memberi pengajaran kepada seorang aku. Mereka bukanlah orang kenamaan tetapi mereka cukup penting dalam hidup aku. Ok nak turun bas dah. Gerak dulu. Next time I update lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.