Wednesday, 26 June 2019

The benigging


Wah, kembali memunculkan diri. Assalamualaikum and hai. Untuk pertama kali rasanya ada salam dalam intro aku. Nak type apa pun aku tak pasti. Tajuk pun entah pape kan. Ok, tak usah lah pi google cari maksud benigging tu. Aku tak pasti wujud ke tak perkataan tu sebenranya. Tapi bagi aku yang mentitlekan entry aku nih, takda maksud pun benigging tu. Beningging tu typo ke beginning. Typo= typing error. Mana lah tahu kan pada abad 21 ni masih ada yang tak tahu perkataan-perkataan hipstur yang digunakan segara meluas kan.So, main point aku ada 2 untuk kali ni. The first main point is tentang beginning tu sendiri. The second point is, pasal typo in real life. Aku dah lama tak menaip nih, ayat bunga-bunga dah lama tak praktis. Apa yg membuatkan aku kembali menaip is, aku bosan namatey do study contract ni. Contract tu salah satu subjek yg aku ambil untuk make sure aku dapat degree aku. Wah dah boleh agak how old am I kan. Aku muda lagi. Muda jetik.

Ok jom lah kita bergerak ke point pertama which is the beginning. Aku baru je berhadapan dengan satu masalah, masalah yg buatkan aku celikkan mata yang sepet ni. This is the beginning. Sebabkan masalah aku tu aku relakan diri untuk delete blog kesayangan aku. Ok blog personal aku lah. Blog yang aku duk cerita about people yang get involve with my life. Sedih lah jugak dengan apa yang berlaku. Nanti-nanti aku cerita apa ke-tidak cerdik-an yang aku dah buat ye.

Sekarang aku cuma nak kongsikan ibrah (pengajaran) yang aku dapat kesan daripada apa yang aku buat. Jap nak nyayi >> Setiap yg berlaku ada kebaikkannya, harus pejam mata dan cuba apa saja<< ok nyanyi macam najwa latif tau. Perkara pertama aku dapat, of course about ukhwah (pertalian). Masa ni aku broken sangat-sangat, aku tak tahu nak cerita mcm mana dkt family aku sebab mmg aku yg salah dalam hal ni. As a family, depa akan comfort kita. Diaorang takkan direct cakap yang kita salah.

Masa ni lah aku nampak, buruk macam mana pun family kita, family will remains as family. Masa ni pemahaman aku tentang family lagi kuat, family will accept us just the way we are. Buruk ke baik ke kita, family akan always give support to each families members. Masa ni juga kita akan nampak siapa kawan siapa lawan. Aku taknak fokuskan apa itu lawan. Dunia ini kejam. Lawan tu bersepah. Mungkin dekat sebelah kau sekarang lawan kau tengah duk bergelak ketawa dengan kau.

Ok kita fikir yang simple-simple je, kawan(as sahabat) can become a family. Sebab family tu consist of people yang sayang kan kita and people yang kita sayang. Orang yang sayang kita, dia nak kita jadi yg terbaik. Bukan harini je, kalau boleh sepanjang masa. They'll do anything untuk make sure kita jadi baik. Salah satu pengorbanan yg families will do is, teguran. Tipulah kalau kita tak terasa bila ada yang menegur. Tu tanda iman dan malu masih ada.

Orang tegur untuk kebaikkan. Jarang lah, bukan jarang. Aku tak pernah jumpa lagi orang tegur sebab nak jatuhkan orang. Ok ada perbezaan antara tegur dan memalukan. Imam shafie kan ada cakap, Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka dia benar-benar menasihatimu, sebaliknya sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu.

Ok apa kaitan pengajaran ni dengan the beginning kan?? Kita bukan sesiapa tanpa mereka di sekeliling kita. Baik atau buruk seseorang individu itu kepada kita, kesemuanya bermanfaat kepada diri kita. Mereka salah satu pencorak dalam kehidupan kita. Kalau masakan, semuanya manis, best ke?? Macam tu juga kehidupan ini, kalau semua kawan, tak thrill lah. Ok main-main. Allah ketemukan kita dengan sesiapa sahaja bersebab. Allah uji untuk menguatkan. Selagi kita masih tak mampu lepasi ujian itu, Allah akan terusan menguji dengan ujian yang sama. Ujian Allah itu untuk menguatkan!!!

Next point sambung hari lain ah. Mood study dah mai semula. Last advice, stop believing people. Bullshit je smua. Haha.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.