Assalamualaikum and hai again. Rajin pula aku menaip harini. Maybe semangat baru muncul lepas semalam menaip ntah pape tu. Ok, post aku semalam ada aku mention pasal dua point aku nak sampaikan. Point pertama aku dah cerita panjang tapi tak berapa lebar. Haha. So entry kalini aku nak kupaskan point kedua iaitu typo dalam kehidupan harian.Typing error. Weh first time typing guna blog ni sambil air mata meleleh. Hidup ni macam sebuah novel, cuma bezanya novel yang ditaip menggunakan keyboard tanpa button backspace dan button delete. Which means that, apa-apa yang kita dah buat, tak boleh diundur dan tak boleh diubah. Benda tu akan kekal sebagai history dalam hidup kita. One of my favorite quote is, life is about remembering either it is bad or good. So, why not we create the best story of our own to make it the most beautiful history.
Melakukan kesalahan itu bukanlah sesuatu yang teruk ataupun penanda aras kejahatan seseorang. Selagi mana seseorang itu melakukan kesilapan, selagi itu dia masih dalam proses pembelajaran. Cuma expectation orang melayu je lebih-lebih. Sekarang aku baru nampak kenapa org dlu-dlu kalau nk berubah dinasihatkan supaya berhijrah dr kampung halamannya. Ingat tak cerita org yg bunuh 99org tu.
Beliau pi jumpa sorang alim menyatakan niatnya nk berubah. Tapi org alim tu cakap Allah xkn ampunkan dia sebab dia dh bunuh 99org. 99 org kot. Then alim tu jadilah org yg keratus dibunuh oleh org tersebut. Tapi org tu xputus asa nk berubah. Maka dia pun pergi jumpa sorg lagi 'alim ulama'. 'Alim ulama' tu pesan untuk dia berhijrah. Pastu dia pun berhijrahlah ke kampung yg baru. Sedang dalam perjalanan, dia pun meninggal. Bila nak dihisab, Allah suruh malaikat ukur jarak tempat dia meninggal dgn dua kampung tu. Sebabkan dia punya jarak tmpat meninggal lagi dekat dengan kampung baru yg sedang dituju, maka syurgalah buatnya.
The point is, kadang untuk berubah adalah perlu untuk kita melangkah keluar daripada culture asal kita. Bukan untuk buang mereka daripada kehidupan kita tetapi lebih kepada bina kekuatan untuk diri kita sendiri. Manusia itu pelupa tenteng diri mereka sendiri tetapi tidak melupai tentang bukan diri mereka. Ok aku bagi contoh.
Si A ni ngumpat pasal Si B. pung pang pung pang ngumpat pasal Si B, tapi bila Si B ngumpat pasal Si A, hurm Si A akan ingat sampai kesudah apa yg Si B tu ngumpat dia. Tapi Si A lupa, dia pernah mengumpat Si B juga sebenarnya. Maka Si A akan salahkan Si B dan Si B juga akan salahkan Si A. Itulah normaliti yang berlaku dalam kehidupan kita. Budaya orang melayu.
Pada aku, situasi Si A dan Si B itulah yg dinamakan typing error in real life. Kenapa tidak kedua-dua mereka muhasabah. Si A cakap Si B mcm ni macam tu, so Si B boleh lah reflek diri sendiri. Orang ni cakap keburukkan tntg diri aku. Keburukkan yg aku tak pernah sedar yg ada pada diri aku. Ok jangan ulangi buat benda tu. Aku tak pinta untuk Si B tu ubah dirinya menjadi seperti yg diingini Si A, cukup sekadar untuk tidak melakukan apa yg si A xsuka tu. Tapi kalau org lain ok dgn sikap Si B yg Si A tu tak suka, so go on jela dengan sikap tu. Cuma depan Si A jela jangan tunjuk sikap tu.
Jangan expect manusia takkan pernah melakukan kesilapan. Jangan pernah expect kemenjadian manusia itu hanyalah berdasarkn apa yang kita ingini. Masak tomyam bukannya ada satu cara sahaja. Ada yg masukkan air dlu, ada yg tumis dlu, ada yg masukkan smua bahan baru hidupkan api, ada yg gunakan pes tomyam saja. At the end, semua menjadi lauk tomyam bukan?? Begitu juga manusia, sebab kita tidak dikurniakan ujian untuk memahami minda dan hati manusia lain. Kita just an ordinary person. Di luar bidang kuasa kita untuk memahami orang lain.
Jadi ayuhlah kita mulakan hidup kita dengan mengenepikan expectation manusia lain. Bila org terlalu memandang tinggi kita, cakap jela "I'm sorry, I cannot reach your expectation." Then move on. If they wanna stay in our life, let them be. If they wanna leave us, also, let them be. Ingat balik, kita hidup bukan untuk memenuhi expectation orang and kita ni manusia tau. Tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Dah, jangan kecewa lama-lama, 'Kullu Murrin Sayamurru-setiap pahit yang kamu rasakan, akan berlalu'. Jom kejar mardhotillah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.