Asssalamualaikum and good morning. Hahahahahaha. A few days ago, I'd played a silly game on whatsapp status. Cliche one, which is 'reply me (emoji what ever I wanna put lah), then I'll tell something about you.' Lahai, game describe orang lah. And one of people that reply my status is Kak Yah. I love to call her with that name. She asked me to describe her but don't post it on my status. So I promise her to write the special one for her which means, I won't post it on my status BUT!!! I'll post it on my blog. Hahahahaha. So, if she wanna read this post, she has to struggle to find my blog link. Hehe, naughty me.
Ok bismillah, jom start. Harap-harap sampai ke akhirlah saya gunakan bahasa melayu. Ok, adalah teramat penting untuk saya tidak mendedahkan sebarang informasi penting tentang diri kakyah dimedia sosial. Jadi serasa saya adalah tidak perlu untuk saya menyatakan maklumat peribadi beliau seperti nama, umur, number ic dan seangkatan dengannya.
Ok kakyah ni nama panggilan sahaja, nama betulnya sangat cantik secantik tuan empunya badan. First time kenal kakyah, aku rasa masa darjah 5 sebab macam pernah main sukan sekali. Tapi masa kali kedua jumpa masa sekolah menengah, kakyah cakap dia xpernah main sukan waktu sekolah rendah. Confuse den. Tapi takpelah, jadi kami memulakan perkenalan kami lagi sekali. Padahal lepas main sukan tu pernah je pergi kem dengan kakyah.
Ok singkatkan perkenalan, dari tingkatan 1 sampai tingakatan 3 kami sekelas. Kakyah saaaaaaaangat comel sebab orangnya kecil-kecil cili padi sahaja. Kecik comel molek. Dia ni, huh kalau Bahasa Arab tu, sebelah mata pun dia boleh jawab lah. Betapa terrornya dia ni. Saya sangat mencemburui beliau kerana kehandalannya dalam bahasa arab. Hehe.
Dia dengan bestfriend dia, anak Ustaz Wan Sufyan tu sama-sama comel je. Dah laaa dua-dua kecil. Perangai kartun pula tu. Kalau dia berdua duduk bersama, tak pernah lah dua-dua makhluk ni tak gelak. Apa lawak diaorang buat pun saya enggak mengerti deh. Hahahaha.
Kakyah ni sangat sweet. Sangat, lebih-lebih lagi bila dengan teacher kesayangan kami, teacher yus. Ya Allah, dah gaya mcm teacher tu kakak kitaorang je. Suka sangat duk rapat-rapat dgn teacher yus ni. Satu benda yg aku suka dgn kawan-kawan sekolah menengah aku ialah, waktu ni kami semua tak gheti mengumpat kawan sendiri. Semua innocent je, masa ni aku betul-betul seronok berkawan. Tak pernah jumpa kawan hipokrit setakat tu. Gaduh tu biasalah, dah nama perempuan kan.
Kakyah ni rajin tau, bukan macam aku. Hahahaha, langit dengan bumi kalau nak bandingkan kami berdua. Kakyah laju dalam semua hal. Serasa aku, tak pernah lagi kakyah tolak pelawaan aku. Apa-apa pelawaan lah. Aku suka usyar kak yah bila dia hafal quran. Laju je budak ni hafal quran. Memang sesuai jolokan nama kecil-kecil cili padi untuk kakyah ni.
Start form 4, kami semua dah pindah sekolah. Aku ke kembaran SASER, kakyah ke SMAAZA. Ye, aku meninggalkan sekolah bertitle agama. Takdelah perktaan agama pada nama sekolah aku. Sedihnya masa ni. First time nak berpisah jauh daripada kawan-kawan tau. Walaupun aku yg dapat tawaran dulu, tapi kakyah dlu yg pergi tinggalkan bumi SMASID tu. Jahatnya aku because, on the last day dia di SMASID, aku menyorok. Haha, bad me. Aku bukan sengaja, aku tak kuat do nak tgk sahabat-sahabat aku nangis. Aku dah tgk Kakyah and the geng nangis depan bilik guru. I kenot lah.
Maka berpisah lah kami. And kami pun terputus pertalian masa tu. Masa aku duk asrama, mana ada phone. Yg ada public phone tu je. Mana aku ingt number kakyah. Jenuh gak nak keep in touch smula dgn kakyah ni until one day, adalah satu peristiwa yg menyatukan kembali kami. Yang paling happynya aku ialah, she still remain as my sweet kakyah. My childish friend. Yang masih boleh melayan merengnya seketui aku.
I'm soooo happy having her in my life. She deserve better people in her life. And I wanna be one of the better person that suit her. :D Paling best about her is, she make me remember our Creator. Thanks Kakyah for being part of My Life. :D Nak taip panjang lagi, tapi me need to sleep dulu lah kakak. Love u from earth to the moon and back, hahahhaha.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.