Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini keinginan untuk menaip begitu tinggi mungkin kerana perasaan bosan mula menguasai diri. Hati mula terasa mahu meluahkan segala perasaan yang terbuku. Tangisan masih berjaya aku bendung tapi tidak lagi perbuatanku. Sedikit sebanyak perbuatanku mulai menunjukkan bibit pemberontakkan. Tapi syukurlah, mulut yang tajam bak bisa death adder masih belum menyemburkan bisanya.
Santai aja sih. Ayat bunga-bunga not my type. Lamanya tinggalkan dunia tulisan. Hahha. Sesedap rasa je aku nicknamekan dunia. This is my region, so, my area my rule. Wahhh. Ok harini nak cerita tentang diri sendiri. Kasi chance laaa sis up diri sendiri.
Nak sentuh tentang cinta.
CINTA, ada yang mendefinisikan ia sebagai dadah. Terasa enak dan mampu memabukkan. Pada masa yang sama memberi kesan yang buruk sekiranya diambil secara berlebihan. Sesetengah berpendapat, CINTA itu ibarat pelangi, indah dipandang tetapi mustahil disentuh, digapai dan dimiliki. Ada yang beranggapan, CINTA ibarat gula-gula, manisnya hanya seketika. Kesannya boleh sampai meghilangkan kaki kita.
Pada Aku, CINTA itu ibarat rantaian tasbis. Sebiji tasbih tanpa tali tidak akan dipanggil tasbih dan tidak akan terfungsi dengan baik. Begitu juga CINTA, hanya akan wujud apabila adanya Dia, Kamu, Mereka dan Aku. Manisnya tasbih itu hanya yang mengerti dapat merasainya. Fungi tasbih itu sendiri juga hanya yang memahami dapat bermanfaat dengannya.
CINTA sentiasa dipesalahkan apabila manusia hanyut dengannya walhal CINTA itu teramatlah suci Manusia yang menodainya sehinggakan baik manusia mahupun CINTA kedua-duanya tampak kotor. Allahu, syukurlah kerana Allah kurniakan perasaan kepada kita. Alhamdulillah kerana Allah memilih kita untuk merasai nikmat CINTA itu.
Aku mencintai Kamu. Kamu tahu itu. Tetapi kedua-dua kita sedang berjihad melawan nafsu. Doakan jodoh kami berpanjangan. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Sekiranya kita tidak berjodoh disini, moga Allah jodohkan kita di syurga. Ammen. -HH-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.