Assalamualaikum dan selamat pagi. First of all, aku susun 10 jari mohon ampun atas kelambatan aku update post. Aku nak update 2/3 tapi sekarang dah masuk 3/3. Maafkan kekhilafan diriku ini. Aku ter ralit buat kerja tadi. Maaf lagi sekali. Hidup as a student, macam ni lah. Tipulah kalau aku cakap takde masa lapang. Tapi kebiasaannya, masa terluang tu dihabiskan dengan benda tak berfaedah. Jadi tak terasa sangat laaa ada masa lapang walaupun sebenarnya ada. Hari ni aku terasa macam nak cerita life aku lah.So, here we go.
Tadi aku ada baca cerita-cerita artis Malaysia. Haha. Menghabiskan data betul lah. Ok, ada kaitan okeh dengan cerita yang aku nak sampaikan ni. Tadi aku baca pasal Zamarul Hisyam dan isteri yang duk bergurau senda. Si suami sengaja sentuh isterinya yang dah ada wudhuk sekadar untuk mengusik. Jadinya terpaksalah si isteri renew wudhuk dia. Haha.
When I read that story, aku gelak sorang-sorang. Layar memori aku pun kembali mengundur ke masa lalu. Teringat dekat mak dan abah di rumah. Kebiasaannya mereka selalu bercanda sedemikian rupa. Allahu aku rindukan mereka. Sangat merindui mereka tetapi betapa egoku menebal bahkan lebih tebal berbanding muka mereka-mereka yang terpaksa menahan malu meminta sesuatu untuk kepentingan kesayang mereka untuk mengakui aku rindukan mereka.
Tanpa sedar, ada perasaan sakit yang menjalar di hati kecilku ini. Terimbau memori sepanjang hampir 21 tahun aku bersama mereka. Terfikir aku, 'sepanjang hampir 21 tahun aku bersama mereka, berapa kali aku telah berjaya mengukirkan senyuman kebahagiaan di wajah tua mereka?' Just wonder. Aku lagi banyak sakitkan hati mereka berbanding biarkan mereka hidup dengan aman. Dan yang paling menyedihkan, aku tahu aku salah tetapi tetap aku ulangi kesilapan itu. Berapa kali aku dah berjaya remukkan hati mereka disebabkan keegoan diri ini?
Tahniah untuk aku kerana aku tergolong dalam golongan yang disebut-disebut oleh Rasulullah. 'Golongan yang celaka'. Setahu aku, dari aku kecil sampai aku besar, mereka lah orang yang tak pernah merungut untuk besarkan aku. Tapi bila aku besar, mereka lah orang pertama yang aku runguti. Aku baru masuk uni dah berlagak. Nanti dah kerja dah masuk alam-alam dunia yang mendatang, macam mana nasib mereka ditangan aku. Aku takut dengan diri sendiri. Aku takut air mata tua mereka akan mengalir lagi disebabkan aku. AKU, satu-satunya anak mereka yang berjaya jatuhkan air mata mereka. Ampun mak. Ampun abah. Ampunkan anakmu.
Dari aku kecil hingga besar tak pernah aku tak susahkan mak dan abah aku. Bahkan, dalam aku nak mengejar cita-cita aku, aku tak pernah fikirkan diri mereka. Ok part ni aku tipu. Huhu, jangan emo lelebih lagi. Ok sambung. Aku punya cita iaitu untuk memenuhi cita-cita mereka. Tapi tiap kali aku tanya apa yang patut aku pelajari di masa depan, jawapan mereka tetap sama. "Bukan mak atau abah yang nak belajar, anak-anak yang nak belajar. Ambik jela apa yang anak-anak nak belajar". Aku tak pernah sesaat tak fikirkan kepentingan diri aku. Mereka, tak pernah pun sesaat fikirkan kepentingan mereka.
Manusia ni banyak kekurangan tapi, kekurangan plus kekurangan, in shaa Allah mampu menampung kekurangan-kekurangan yang ada. Aku dah takleh menaip ni. Tak leh fokus. Rasa macam nak call parents aku sekarang tapi dah lewat. Aku nak sampaikan rindu aku dekat mereka sat. Before aku stop menulis aku nak sampaikan pesan. Kalau boleh, call parents kita hari-hari. Buat mereka rasa yang mereka memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tunjukkan penghargaan kita dekat mereka. Kita perlukan mereka dalam hidup kita. Tanam dalam diri kita, aku tak redha pada diri aku andai aku penyebab mak aku dan abah aku tak mampu kecapi nikmat syurga. Mereka terlalu banyak berkorban untuk kita. Dahlah dosa kita nanti mereka akan dipertanggungjawabkan, kita pula nak senang-senang je masuk syurga. Padalah, kita lah yang paling banyak buat maksiat dekat dunia dulu berbanding mereka. Ok dah takleh brain. Syurga buat kita semua. Aameen. Thanks sebab sudi buang masa dengan aku. Bai.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.