Thursday, 22 February 2018

Nope!! Homeschool



Assalamualaikum. Lama tak buka blog. Alah, intro biasa lah pula. Aku agak busy dengan sem baru yang baru buka. Dah hampir 5 hari aku kembali ke johor. Dah rindu rumah kot. Haha. Baru 5 hari kot. Dari sejak masuk asrama, homesick aku tak pernah hilang kot. Ok homeschool. Means, belajar di rumah. Tu je la. Kau belajar macam dekat sekolah je pun. Cuma bukan di sekolah tempatnya. Dibuat di rumah. Seronok memang lah seronok sebab dekat rumah. Cikgu fokus hanya pada kita. Tak perlu nak compete untuk dapatkan ranking yang bagus dalam batch. Mak ayah depan mata tahu apa yang kita buat.

Untuk segelintir pelajar, mungkin akan rasa bosan sebab xde classmate bagai. Mungkin akan rasa sedikit terkongkong. Aku tak tau laaa sebabnya aku xpernah homeschool. Aku alhamdulillah dapat bersekolah, tu je. Thanks mak dan abah sebab hantar kami adik beradik ke sekolah.

Aku tak leh lah mention mak abah nih. Rasa tetiba mata masuk habuk. Haha. Rindu plak walaupun baru 5 hari berpisah. Biarlah, aku ada depa je untuk dirindui. Selagi diaorang masih didepan mata. Nikmat ibu bapa masih kita miliki. Hargailah. Ada orang merindui ibu bapa mereka tapi tak mampu untuk hilangkan dgn call parents depa or hug or pi kacau depa (ni aku je kot selalu buat). Hanya mampu sedekahkan al-fatihah je. Drop the topic lah. Hilang idea nak menaip nanti. Tapi, before bergerak ke point utama aku nak sampaikan, aku cuma nak bagitau. Syukur sebab hati aku merasai kesedihan ini. Next time kita bedah apakah maksud disebalik ayat aku tuh. Okehhhhh.

Sambung pasai school. Aku tak tau laa korg rasa mende yg sama tak dengan apa aku rasa. Bila aku masuk sekolah je, automatik kebergantungan aku dekat Allah akan jadi kuat. Serious talk nih. Mungkin sebab otw ke sekolah aku, aku akan lalui tanah perkuburan. Mungkin la. Ada sedikit kemungkinan di situ. Haha. Padahal, rumah aku dengan sekolah tu tak de laaa jauh mana. Xsampai 5 minit dah sampai. Kalau jalan kaki dalam 10 minit gak lah. Aku pernah kot balik sekolah jalan kaki. Erh, terlari topik.

Ok, kenapa erk kebergantungan aku dekat Allah kuat bila aku masuk je pagar sekolah? Aku nak jawab ni tapi aku nak thanks lagi sekali dekat mak dan abah aku sebab dari kecil lagi dah terapkan ilmu agama dalam diri kami adik beradik. Moga syurga buat mereka. Aameen. Ok jawapan, masa aku belajar, aku tahu ilmu itu Allah yang punya. Allah yang akan kasi kepada sesiapa je yang dikehendakiNya. Aku selalu fikir macam ni, andai aku tak bergantung dekat tuhan, macam mana aku nak senang nak dapat ilmu. Masa aku belajar dulu, aku selalu lah baca life orang yang berjaya. Mostly mereka yang berjaya dapat kejayaan sebab mereka jaga bond dengan tuhan. Then jaga bond dengan manusia. 

Jarang sangat orang jahat ni educated kan. Aku tak cakap orang xeducated ni jahat k. Lagipun, educated tu luas kot makna dia. Aku xtahu nasib aku lepas ni macam mana. Mungkin habis je aku post entry ni tuhan terus tarik nikmat akal aku. Na'uzubillah. Lagipun mostly yang berjaya as I mention, diaorang berjaya bukan dalam pendidikan sahaja. Dalam alam pekerjaan pun berjaya, dalam alam rumah tangga dan alam2 yang lain. In shaa Allah.

Aku dari kecil dah set kepala otak aku. Aku bukannya nak berjaya dalam exam semata-mata. Aku nak berjaya dari semua aspek, akhlak, sahsiah, agama, pendidikan, as seorang anak and so on. So, setiap kali aku nak menuntut ilmu, aku akan cakap dekat diri aku, aku belajar bukan untuk exam semata-mata tapi sebab aku nak dapatkan ilmu tu. Melalui ilmu tu lah aku dapat kenal tuhan. Begitu juga kalian. Kan. Tapi ada ramai je orang yang educated tak kenal tuhan. So konklusinya ada beza orang yang berilmu dan orang yang berpendidikan.

Tapikan, aku ni lambat sikit sedar dari mimpi yang panjang, masuk uni baru aku tahu yang semua ilmu yang ada ni akan bawa kita dekat dengan tuhan. Dan xsemestinya kita xambik subjek agama kita xboleh sampaikan dakwah. Contoh arkitek, dia boleh design bangunan yang menunjukan kehebatan Islam. Tukang bina jalan boleh kaitkan sistem lampu isyarat dengan sistem peredaran darah dalam badan kita and terserlahlah kepandaian manusia daripada penciptaan sempurna makhluk yang tidak sempurna daripada Rabb. Boleh relate kan dekat situ.

Hebatkan tuhan kita. Aku rasa sel-sel otak korang dah mula berhubung. Korang dah boleh fikir. Before teruskan berfikir, tanya diri. Berapa kali dah aku bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji DIA dan berterima kasih. Masih belum terlambat untuk bersyukur.

Ok the end.  Sat sat, last. Aku bukannya baik mana. Tapi Allah tutup aib aku. Jadi xperlu kot aku buka aib aku semata-mata nak difahamkan. Kau nak berubah kalau hanya berkata-kata maka perubahan dalam alam khayalan je mampu kau kecapi. Adiosss. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.