Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini keinginan untuk menaip begitu tinggi mungkin kerana perasaan bosan mula menguasai diri. Hati mula terasa mahu meluahkan segala perasaan yang terbuku. Tangisan masih berjaya aku bendung tapi tidak lagi perbuatanku. Sedikit sebanyak perbuatanku mulai menunjukkan bibit pemberontakkan. Tapi syukurlah, mulut yang tajam bak bisa death adder masih belum menyemburkan bisanya.