Sunday, 24 November 2024

Noted


Assalamualaikum and hai. Nampak gayanya, aku akan kembali kepada hobi lama aku dan berhenti menjadi extrovert. Jap nak tiup, fuhhhh fuhhhhhhh fuhhhh. Pergi jauh-jauh emosi. Aku nk menaip tanpa emosi seperti sediakala nih. Pleaseeeeee 
Okay done. Hari ni nak cerita lah. Tapi before that, I would like to scroll down all of my post. Need inner strength rite now. Haha, I'm too bad in writing. Tapi peduli apa, nak tulis jugak!!

Harini nak cerita tentang satu pengalaman paling tak cerdik aku pernah buat. Perihal mengumpat. Tipulah kalau ada orang yang tak pernah mengumpat. Even kau tak bersuara tapi ada dalam bulatan orang mengumpat, still dapat sama 'pahala' mengumpat tu.

Post-post aku sebelum ni tentang typo and beginning kan. Tentang satu kesalahan yang aku buat yang memberi hikmah yang sangat besar dalam hidup aku. Lek jap. Nak pi kedai cari biskut. Satgi aku sambung typing.

Ok done cari biskut. Cereal pun aku rembat. Banyaknya makanan aku rembat. Nikmat betul duk rumah sendiri. Ok sambung tadi. Kalau ada yang terbacalah entry titled beningging n typo, mesti boleh relate dengan entry nih. 2 entry lepas terhasil sebab masalah yang aku buat. And masalah tu aku nak cerita dalam entry nih. Let's begin.

Ok first-first aku watakkan diri aku as aku. Watak yang ada is B, C, Mak Angkat dan Anak kpd Mak Angkat ni. Ada banyak watak, tapi main characternya untuk kali ni hanya kamj berlima.

Ceritanya macam ni. Aku satu uni dengan B dan C. B ni rapat dengan Mak Angkat n familynya. Pastu B kenalkan aku dan C dekat Mak angkat tu. Maka aku, B, C dan and mak angkat tu mula rapat. Mak Angkat tu ada 3 orang anak. Sorang tu duduk dengan dia, yang lagi sorg dah kawen n lagi sorang belajar dekat negeri yang lain.

Mula-mula kami rapat sangat. She does believe me a lot. Aku sayang sangat mak angkat aku tu. Dah sama sayang macam mak kandung. Lama-lama kenal barulah kita tahu perangai orang tu macam mana kan. Ada lah certain attitude mak angkat tu aku tak suka. So, aku luah je apa-apa aku tak puas hati dekat kawan aku Si B. Dekat Si C ni aku kurang rapat berbanding si B. Sebabnya, Si C ni tak boleh dipercayai. Tapi tu orang cakap jela. Aku percaya je Si C sebab dia kan kawan aku. Dalam erti kata lain, aku ngumpat dengan B. Haha.

Until one day, aku cakap dekat mak angkat kami ni yang aku nak jadi hebat macam parents si B. Parent si B ni ada Phd tau. Lecture dekat UTM. Mungkin dia terasa kot. Start dekat situlah selalu dia perli-perli aku dalam group anak-anak angkat dia. Orang lain tak perasan pun sampailah dia mention-mention nama parents Si B. Bila dia mention, aku dah start cuak. Nanti gaduhlah Si B dengan mak angkat. Tipulah kalau Si B ni tak terasa kan. Orang perli-perli parents dia kot. Nasiblah Si B ni jenis yang sentiasa husnudzon. Dia tak cepat melatah. So aku n Si Bni act normal je. Pastu Si C mula perasan yang kami 3 orang macam ada masalah.

So si C pun pm aku tru ws tanya apa masalah aku dengan mak angkat kami tu. Awalnya aku cakap takde pape. Pastu Si C tu duk push-push aku. Sampailah akhirnya dia cakap yang Si B bagitau dia yang aku dan mak angkat kami tu ada masalah. Tapi aku still cover. Aku cakap lah, pada aku masalah tu bukan satu masalah pun. Aku lek lek je. Pastu boleh plak Si C tu cakap, mak angkat aku sebenarnya cakap yang aku ni hipokrit. Panas betul aku, terus aku pecahkan apa yang terbuku di hati. Apa yang aku tak puas hati dengan mak angkat kami tu. Aku tak cerita pun keburukkan mak cik tu. Aku cuma cakap apa yang aku tak suka je. Aku cakap lah aku tahu aku salah. Ya Allah, sabar je lah masa tu. Pastu dah cool sikit. Aku cakap dekat budak tu, aku tak halal kalau Si C tu bagitau apa yang aku luahkan dekat dia tu pada siapa-siapa. Boleh dia cakap aku ugut dia. Cuma dia ada tnya, aku anggap dia kawan ke tak? Dia cakap dia nak tolong aku baiki hubungan aku n makcik tu. Aku cakap tak payah. Biar aku settle sendiri.

Mashaa Allah panjangnya cerita. Haha. Ok next. Sadis betul. Si C tu pi screen shot semua chat aku n pi hantar dekat mak angkat kami. Mahu mengamuk mak cik tu. Habis anak-anak menantu n staff dia marahkan aku. Masa tu Allah je tahu betapa aku rasa useless nya diri aku. Nasib baik masa tu ada Si B yang hari-hari duk suruh aku chill n pi minta maaf dekat mak angkat kami.

Aku pun pi lah berkias-kias dengan Si C tu. Yela, nak tahu gak macam mana mak angkat aku boleh tahu pasal chat antara aku n Si C. Masa ni ada org cakap dekat aku yang mak angkat marah dekat aku. Aku tak expect langsung Si C bocor rahsia. Dah berkias tu, mengakulah Si C tu yang dia tunjuk chat kitaorang. Aku marah sangat-sangat dekat Si C tu. Aku cakap lah, kan dia dah janji takkan bagitahu pasal chat kitaorg. Si C tu reply simple gile. "Mana da aku janji dengan hang". Menyirapnya aku masa tu.

Konon dia dah baiki hubungan kami lah. Dia cakap lah mak angkat tu tak marah pun pasal chat tu. Mak angkat cuma nak aku jadi seperti aku mula-mula mak angkat kenal aku. Panas betul. C tak tahu yang pertolongan dia dan tolong hancurkan terus hubungan aku dengan mak angkat. Dia acah hero betul waktu tu. Tapi yang bengapnya aku masa tu. Aku langsung tak boleh nak salahkan Si C. Aku yang salah 100%. So I take the blame. Aku pi minta maaf dengan mak angkat dan suaminya. Segan memanglah segan. Tapi dah kita salah, mengaku je. Rendahkan ego.

Hahaha. Panjangnya cerita. Aku dah minta maaf. Dan she needs times katanya. Ambil lah masa sebanyak mana. Pinggan yang pecah memanglah kita boleh cantumkan semula. Pakai salotape ke, pakai gam ke. But still, retak tu akan ada. Retak tu takkan hilang. Pinggan tu dah tak jadi pinggan yang smooth dah. Bagi yang tahu menghargai sebiji pinggan, dia takkan buang pinggan tu selagi pinggan tu boleh digunakan. Retak pun boleh jadi corak ye.

Jangan terlalu fokus pada satu titik hitam diatas sekeping kertas putih sampaikan kita tak perasan betapa putihnya kertas itu. 

Saturday, 28 October 2023

The New Start ~


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikumdan selamat pagi. Dah pagi rupanya, weekend pun buat kerja ye. For being the first post on this blog to be published, I'm honors to tell about my current me. Sebenarnya takut nak menulis sebab bila ada masa I'm in good condition then baca blog sendiri terasa, "Ya Allah, lemahnya seketul zafirah." Diri sendiri yang downkan zafirah. 

Currently tengah hot tentang isu perang Gaza, Palestine - Isnotreal. I'm not expert for that issue jadinya saya hanyalah membaca dan retweet. Erh, repost lah. Sekarang twitter dah berubah menjadi X Space sejak-sejak Elon Musk dan ambil alih. Ok berbalik kepada isu Palestine, saya doakan moga saudara-saudara kita di sana dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat. Syahid confirm-confirm mudah urusan di akhirat kan. Tak tahu nak doa apa sebenarnya untuk mereka sebabnya mereka lagi banyak kelebihan Allah bagi. Saya doakan semoga pertolongan Allah diturunkan untuk rakyat gaza sana. Dan tak lupa juga, semoga Allah beri kami semua hidayah Saya doakan juga semoga Zionis laknatullah jatuh tersungkur lagi-lagi Netanyahu tu. Moga dia lumpuh menderita penyakit kanser + angin ahmar pastu biar dia liat nak mati time sakit tu. Biar dia tanggung kesakitan dunia ni dulu sebelum kembali menjadi bahan bakar api neraka. Laknat ke atas mereka.

Ok itu isu globalnya, sekarang isu zafirah pulak. Hahahaha. saya sudah tua ye, saya berblog dari zaman form 3 sampai sekarang. Cumanya post sudah saya draftkan semuanya. Lucu bila baca post-post lama. Ok lah, niat nak berblog zaman dulu kala tercapai. Sangat tercapai. I'm a positive girl lah dulu, sekarang je makin lemah. Sekarang lost sangat, terasa penatnya jadi dewasa. Sangat negative ye. Positive tu tinggal 40% ke. Ya Allah, rasa nak oksigen je jadi dewasa ni. Rasa semput sangat hadap dunia sekarang. Nak meneruskan hari esok takut makin banyak buat dosa, nak mati harini tahu memang banyak buat dosa. Ya Allah, I'm not prepared yet untuk ke alam sana. Masih banyak cacat cela dalam diri ini. Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

Hari-hari penat jatuhkan air mata untuk meneruskan kehidupan seharian. Bila fikir balik, kerja bagai nak rak nak kejar apa sebenarnya? Duit semata ke? Bahagia ke seketul zafirah bila hidup ada banyak duit? Masih tertanya diri sendiri apa goal yang zafirah nak capai. Moga Allah rezekikan zafirah dengan rezeki yang penuh barokah. Aameen. Moga Allah sentiasa bimbing zafirah untuk menempuh hari-hari mendatang. Saya lupa, nak cari kekuatan bukannya berhenti di level mempersoalkan apa yang nak dicapai, sepatutnya disambung dengan kembali berbalik kepada Allah. Allah sebaik-baik guider. 

Actually, itu cara pujuk diri sendiri. Allah takkan pernah mengecewakan hambanya. Mudahnya mengucapkan tetapi payahnya nak semat di hati dan minda ini yang semuanya dari Allah. Yakinlah kepadaNYA. 

Friday, 26 November 2021

Bencinya Cinta


And finally, I got more and more reason untuk taknak tukar status daripada bujang trang tang tang ke tak bujang tak trang tang tang. Hehehe. So, today is the day aku kecewa sebab cinta lagi. Tak bercinta pun, kawan je. Tu pun tak rapat. Cuma, bila tengok dia aku tahu dia akan jadi suami yang terbaik. Tak sempat pun nak lamar dia, perempuan lain dulu yang sambar dia. Rasa rugi?? Of course rugi. Tapi takpe, mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku. Kitaorang dah tertulis untuk jadi kawan satu jemaah untuk kurang dari 2 tahun sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Tulaaa, memilih sangat. Suka sangat reject orang kan. Hahaha. Masa budak tu nak dekat kamu, kamu taknak layan, bila dia dah start buka hati untuk orang lain, baru terhegeh. Alorhhhh, saya bukan taknak waktu tu. Saya cuma nak fokus belajar and also taknak ganggu dia pun pelajaran. Nasib tak bercinta kan, hahaha. Cuma baru pasang niat nak jadikan dia suami. Allah susun cantik-cantik dah. 

Boleh tak nak broken kejap?? Haha, kejap je. Nak layan perasaan. Sehari pun jadilah. Walaupun sebenarnya tak perlu pun untuk broken sebab bukannya ada apa-apa pun antara kami. Tapi nak juga layan perasaan. Aduhhh, perempuan so complicated. Hahahaha. Dah, tak sedih pun tapi nak broken juga. Bai.

Thursday, 15 October 2020

290/366 Turning Pain Into Strength

We all experience pain in life. Heartache, loss, disappointment. Suffering is a part of the human condition. When we're in the depths of it, it can be hard to see how we can ever recover from our deep pain. The idea that we might one day be grateful for our disappointment and hurt seems unthinkable.